PERGERAKAN PUTERI ISLAM HULU SELANGOR

semua aktiviti dan program pergerakan puteri islam malaysia hulu selangor

Rabu, 23 Februari 2011

MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR KALI KE 23

Daerah Hulu Selangor telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung PPIM Perhubungan Negeri Selangor kali ke 23.Mesyuarat telah diadakan pada 19hb Februari 2011 di Bilik Mesyuarat 2, SMK Serendah dan telah dirasmikan oleh Pn Suhana bt Saad, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Unit Kokurikulum.Turut hadir ialah Pn Yusma bt Yusof, Penyelia Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah, Hulu Selangor. Dua orang Ahli Majlis Pentadbir PPIM Kebangsaan juga turut hadir untuk memantau mesyuarat iaitu Pn Sri Datin Ashidah Minin dan Pn Norlin Mohd Zain. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajah Jeniffer bt Omar Baki.







MESYUARAT AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2011



Mesyuarat telah diadakan di SMK Serendah pada 8 hb Feb 2011. Puan Mazmin bt Mohd, Pengetua SMK Serendah selaku Pengerusi PPIM Hulu Selangor mengingatkan guru-guru pemimpin PPIM supaya berusaha menghasilkan kerja yang terbaik. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Fauziah Hanim bt Abd Rahman, Setiausaha Kehormat PPIM Perhubungan  Daerah Hulu Selangor


Ahad, 6 Februari 2011

Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Hulu Selangor 2011

YB Datuk Mohd Isa bin Abu Kassim menyampaikan ucapan perasmian.Turut mengiringi beliau ialah En Zulkarnain bin Abu Hanif, Presiden Majlis Belia Daerah Hulu Selangor.


Ucapan aluan daripada wakil Pengerusi PPIM Daerah iaitu Puan Kamariah bt Mursyid GPK Ko Kurikulum SMK Serendah.


Cenderahati di sampaikan oleh wakil PPIM Selangor, Pn Jenifer bt Omar Baki.Terima kasih Yb Datuk di atas sumbangan RM 1500.00 kepada PPIM Daerah Hulu Selangor.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Jenifer Omar Baki.Turut hadir ialah Pn Yusma bt Yusof, Penyelia Ko Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah, Hulu Selangor


Guru-guru pemimpin PPIM


Rabu, 8 Julai 2009

HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH 2009

SMK Serendah telah menjadi tuan rumah Hari Puteri Peringkat Daerah 2009

Ahad, 24 Mei 2009

MESYUARAT PPIM NEGERI SELANGOR





Mesyuarat kali kedua telah diadakan di SMK Seksyen 24(2), Jalan Cili Bunga 24/25, Seksyen 24, Shah Alam pada 22 mei 2009 bermula jam 1.00 petang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Jennifer. Daerah Hulu Selangor telah diwakili oleh Pn Habshah binti Abdul Kudus dari SMK Sungai Choh dan Pn Fauziah dari SMK Serendah. Mesyuarat kali ini membincangkan Program Hari Puteri.

Isnin, 27 April 2009

KURSUS PENGURUSAN GURU PEMIMPIN





Kursus Pengurusan Guru Pemimpin daerah Hulu Selangor telah diadakan di SMK Serendah pada 27 April 2009 hari Isnin. Semua guru pemimpin sekolah menengah dan sekolah rendah terlibat dalam kursus ini.