semua aktiviti dan program pergerakan puteri islam malaysia hulu selangor

Rabu, 23 Februari 2011

MESYUARAT AGUNG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR KALI KE 23

Daerah Hulu Selangor telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung PPIM Perhubungan Negeri Selangor kali ke 23.Mesyuarat telah diadakan pada 19hb Februari 2011 di Bilik Mesyuarat 2, SMK Serendah dan telah dirasmikan oleh Pn Suhana bt Saad, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Unit Kokurikulum.Turut hadir ialah Pn Yusma bt Yusof, Penyelia Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah, Hulu Selangor. Dua orang Ahli Majlis Pentadbir PPIM Kebangsaan juga turut hadir untuk memantau mesyuarat iaitu Pn Sri Datin Ashidah Minin dan Pn Norlin Mohd Zain. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajah Jeniffer bt Omar Baki.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan